Tempat pembiakan haiwan berbulu n Tanaman Dato Che Amran - Part 1

Aha! Papaku ialah seorang penternak Kambing & Biri-biri yang luarbiasa di mana dia menternak sambil bercucuk tanam(peh ayat!). Anak dia yg jantan ni plak boleh tahan arrr *rajin*..mwahaha~ Dtg bile perlu jer..kalau ada masa lapang bukan nak tolong papa dia, sanggup dok umah layan shisha+Xbox360.. ;)

Ni la serba sedikit gambar2 di ladang ternakan haiwan berbulu Dato Che Amran aka BAPAKKU..

Ni pandangan tepi kanan ladang.. dari jalan baru yg belom siap.. jalan dari Bukit Katil ke Tehel tu laaa.. Sorry la gamba nampak serabut sikit sebab kamera nak habis bateri.. mwahaha!~ Utk pengetahuan korang, papaku ada menanam Dragon Fruit @ Buah Naga, utk mengelakkan pembaziran rumput, so ternaklah kambing n biri-biri ni. 2 kaum ni berfungsi macam mesin rumput la, lagi saving sebab tak pakai petrol(korg pun tau kan 80sen). Ha teruskan bersama ye!

Ni hotel 6 bintang dato C.. Sape nak tumpang semayang,tido,minum,bermalam, di persilakan. Nak main xbox360 pun boleh, tapi kene bawak sendiri la ye alat2 tu.. -_-"

Phiew, moto rempit in progress. Dulu moto ni banyak berjaya, sejak2 tayar belakang pancit, indon2 ni buat tak nampak je, skrg baru nak kembalikan power moto lama ni. (Gmbar pandangan sisi hotel papaku)

Peh rumput panjang2 sebelah sini, mana mesin2 rumput ni ha?? Tak reti2 ke nak buat tugas harian?? isk isk.. BTW ni gambar pokok2 dragon fruit k.. Nak tau lebih lanjut pasal dragon fruit, tunggu aku buat post baru pasal dragon fruit sahaja k.. wazaa~

Ni dia ha mesin2 rumput, aku suruh pegi bawah, dia lari belah atas, adoi!! Vroom vroooom.. pret preeett Rumput clear! Ni kambing nya kumpulan.. biri-biri mana sesat ntah. Pegi hisap shisha kot? Semua ni menyusahkan aku nak hambat dia masuk kandang balik.. damn~ Dlm bulan dpn nak pasang pagar rasanya, jadikan 4 bahagian. ;)

Kambing besar itam ni nama dia Black -_-". Kambing² ni kalau dh kenal umah dia, mmg senang la nak suh dia balik, libas bontot, pup dh lari masuk, kihkihkih.. Masa awal² dulu, degil nak mati.. Sampai indon ilang sabar, angkat dahan, libas kaw2 punya.. hahahaha!

Ini lah papaku Dato Haji Ir Che Amran B Haji Muhd Yusuff.. hehe bergambar bersama anak² angkat. Anak² kambing ni smua berlainan ibu tu, sekor baka Jamnapari, sekor baka kampung(biase), sekor lagi Boer, lengkap 3 sekawan. Isap susu pun sama2, berak sama2, kentut sama2.. mmg doremi.. Yg bapak aku pegang tu alas tido utk baby2 kambing ni(mlm) supaya diorang tak sejuk, kalau sejuk je, for sure bsk mati keras. Kenapa? tak caya?

Gambar DOREMI,Kepala itam ni baka boer(DO). Atas sekali baka jamnapari, telinga panjang(RE), Kanan sekali, baka kampung(MI). KAMI LAH DOREMI!

Nampak DO bersama family dia. Sebelah tu akak dia, akak dia ni manja dengan ibu, so kurang lepak gan kawan2. DO ni je tak reti dok umah, time makan baru balik. hahaha, cam tuan dia jgk...

Kerja2 mengubati n memerah susu sedang dilaksanakan. Kambing ni mmg tak reti dok diam. Ni Arianto(pekerja) terpaksa kejar sambil memaki hamun *go blok kamu bulu jgn lari!* (Suara kambing jantan: Lari2 manusia nak curi susu kite lagi, Suara kambing betina: Yang ko lari sama2 gan aku ni kenape???ada plak susu???bodoh!!)

Arianto: Ha dah dapat, siap la ko, aku picit2 puting ko. (Suara kambing betina: Mmg bodoh si kambing jantan block aku nak lari td, mlm ni kasi susu sendiri kat anak ko!!)

Ni kaum biri-biri plak. Anak kecik yang di beri bantuan susu sebab susu ibu tak cukup utk mengemokkan anak(Nama pekerja indon ni JAN,sedara kepada Arianto). Hari2 extra susu, anak pun extra FAT ler. Comel2.

Ni kandang terbaru utk kambing. Kos leh tahan la tinggi nak buat ni, ada jugak pakai bahan2 pembinaan yang dah tak guna. Dulu papaku kontraktor, so ada la barang2 cam besi,kayu,zink yang still boleh pakai. Save! Kandang ni guna dlm 20% jer barg2 terpakai, yang lain baru.

Ni la kandang pertama terbina dgn brg2 terpakai sahaja. Takde beli barang2 baru, smua old skool nya barang, guna balik jer.. Hasil tak bape memuaskan tapi cukup la jadi hotel biri-biri lepak isap shisha.

Kandang no 2, 80% bahan2 terpakai pembinaan. Letih dh ni menaip, waaahh!

Si cumel baru lahir 2 hari lepas. Ni kaum biri-biri. Tak dibenarkan lepas, tak cukup umur, mak dia dah merayap mana ntah, kihkih..

Ha ni plak tempat pemprosesan najis2 kambing n biri-biri utk dijadikan baja2 pokok dragon fruit. mmg bagus tol kan kambing ni, leh jadi mesin rumput, leh jadi baja, pastu leh jadi makanan kite, mwahahahah!

Ular sawa yang di pancung kepala. Kalau tak pancung takut anak kambing jadi mangsa. Bahaya2...

bueekkk mati kene pancung gan Arianto the brave warrior..

Ok la setakat ni, letih dh menaip. Pasni kalau ada perkembangan menarik lagi, aku sambung part 2 ok. C u later aligator... 10q 10q 10q -bravo!-

4 comments:

ja amran said...

HAHAHAHAHHA... komen2 yg sungguh budus..!!!

Glamer indon2 tuh..!! Lepas ni jadi Superstar!

Cik Buya said...

huhu... pemeskan kambing dan tuannyer juga...jgn terlebih pemes udah le..miawwawawa;p

p/s : ngeri tgk ular tu..nak muntah je tgk lame-lame..eeii meremang bulu roma ku~

Anonymous said...

haha...mana ko nie x masuk gmbau...nmpk sgt pemalas nak jaga kamben...wei jaga kamben sama ngan jaga awek tau...sbb aku neok kamben tue comel...awek pon comel...hahaha

Cik Buya said...

cilaka punya serap gay!! hahaha.. kecomelan kambing ngan comel awek lain beza..ko je yg tatau nak bezakan..hakhakhak....